KUALA LUMPUR: Kanak-kanak dari golongan orang kurang upaya (OKU) seharusnya menikmati peluang sama rata dalam semua aspek kehidupan meliputi aksesibiliti, mobiliti, pendidikan, pekerjaan, kesihatan dan pemulihan, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata berdasarkan hasil dapatan kajian yang dilaksanakan oleh badan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia pada 2016, petugas kesihatan dianggap kurang sensitif dan tidak profesional apabila menyantuni kanak-kanak OKU akibat kekurangan kesedaran dan latihan.
"Saya menyeru kepada semua, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai petugas kesihatan membantu anak-anak ini agar mereka dapat mengecapi masa hadapan yang lebih baik.
"Kasih sayang, kegembiraan dan harapan terhadap golongan kanak-kanak OKU yang berumur 18 tahun dan ke bawah harus mendorong mereka untuk meneruskan kehidupan dengan diberikan peluang untuk mendapatkan pelajaran dan pekerjaan yang terbaik sejajar dengan kemampuan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Perasmian Sambutan Ulang Tahun ke-10 Perkhidmatan Rehabilitasi Pediatrik di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) di sini, hari ini yang turut dihadiri timbalannya Lukanisman Awang Sauni.
Dr Zaliha berkata HRC yang mempunyai Perkhidmatan Rehabilitasi Pediatrik merupakan satu-satunya hospital di Malaysia yang menawarkan program perkhidmatan rehabilitasi pediatrik multi-disiplin dengan kapasiti 22 katil dan perkhidmatan pesakit luar.
Sementara itu, Lukanisman dalam sidang media selepas program itu berkata KKM akan bekerjasama dengan kementerian lain seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk memperluaskan liputan perkhidmatan rehabilitasi pediatrik di HRC.
"Ini bukan aktiviti di bawah KKM secara bersendirian, sudah pasti kita akan bekerjasama dengan KPWKM dan juga KPM memandangkan mereka mempunyai saringan awal seperti mengenal pasti senarai OKU dan juga individu yang mengalami kemalangan sehingga menyebabkan kecacatan dan memerlukan rawatan di HRC.
"...mungkin juga Kementerian Sumber Manusia, untuk kalangan pekerja yang mempunyai anak-anak OKU tetapi tidak berupaya menghantar mereka ke HRC," katanya.
Beliau berkata kementerian akan turut mengkaji keperluan mewujudkan perkhidmatan di hospital dan fasiliti kesihatan negeri dan wilayah lain, tertakluk kepada keupayaan kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2023
Dr Zaliha (tengah) hadir pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Perkhidmatan Rehabilitasi Pediatrik di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur, 18 Ogos 2023. -- fotoBERNAMA
Kronologi anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
"Polis percaya kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan itu ada kaitan dengan kumpulan pengganas, Jemaah Islamiah (JI)," menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
#AWANInews
#AWANInews
Ronaldo tiada hasrat untuk bersara, masih berminat teruskan karier
Pada usia 39 tahun, Ronaldo masih mempunyai motivasi yang tinggi untuk bersaing dengan "singa muda."
Meta uji paparan web untuk Threads dengan rekaan umpama Tweetdeck
Dengan langkah ini, pengguna boleh menyusun pelbagai lajur-lajur berbeza dan memantaunya dengan mudah melalui hanya satu paparan.
AFC sokong saranan gantung Israel
Presiden AFC suarakan sokongan terhadap usul Persatuan Bola Sepak Palestin agar Israel digantung daripada FIFA berikutan serangan tidak berpenghujung di Gaza.
Niaga SPOTLIGHT: Economic Impacts of Extreme Heat
[TERKINI] Sidang media IGP berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti sidang media Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berhubung kes serangan lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Inflasi meningkat, ringgit lemah, rasionalisasi subsidi akan tingkatkan lagi inflasi?
Kupasan lanjut tetang impak peningkatan inflasi terhadap rakyat, ekonomi bersama Provost, Malaysia University of Science and Technology, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai.
Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151
Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang.
Kanak-kanak lelaki OKU maut digilis jentera pembajak
Muhammad Aiman ditemui penduduk kampung tertiarap di dalam lumpur dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Kanak-kanak OKU seharusnya nikmati peluang sama rata dalam semua aspek hidup - Dr Zaliha
Kajian menunjukkan petugas kesihatan dianggap kurang sensitif dan tidak profesional apabila menyantuni kanak-kanak OKU.
Ras Adiba seru masyarakat jadi mata dan telinga pihak berkuasa, elak kes aniaya anak OKU berulang
Senator Datuk Ras Adiba Radzi meminta masyarakat agar menjadi mata dan telinga pihak berkuasa bagi mengelakkan kes penganiayaan terhadap anak-anak dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) berulang.
Kanak-kanak OKU dibunuh, disumbat ke dalam guni sebelum dibuang ke dalam semak
Tindakan kejam itu didakwa dilakukan seorang lelaki terhadap anak perempuan teman wanitanya yang berusia enam tahun baru-baru ini.
Kanak-kanak OKU dipercayai dianiaya di pusat jagaan
Seorang kanak-kanak kurang upaya (OKU) berusia lima tahun dipercayai menjadi mangsa penganiayaan kakitangan sebuah pusat jagaan di Kuala Terengganu.
Siti Bainun menangis lihat kelibat Bella di mahkamah
Siti Bainun Ahd Razali dilihat tidak dapat menahan sebak ketika mangsa dan lima lagi kanak-kanak jagaannya dipanggil Mahkamah Sesyen di sini, untuk sesi pengecaman, pada pagi tadi.
Perbanyak pusat pemulihan kanak-kanak OKU agar tidak tercicir akademik, kemahiran
Ibu bapa perlu menimbangkan beberapa faktor sebelum menempatkan anak mereka di sekolah atau pusat tertentu.
Anak istimewa sindrom Down melecur teruk pada badan disyaki didera di pusat asuhan
Mangsa yang diselamatkan selepas polis menerima aduan pada 24 Jun lalu, turut mempunyai kesan luka pada paha.
Perak mahu hasilkan tangan palsu bantu OKU
Sehingga kini lebih 60 tangan prototaip elektronik cetakan 3D yang berharga antara RM5,000 hingga RM10,000 seunit berjaya dihasilkan.
Enam rumah hangus terbakar selepas kanak-kanak lelaki OKU main lilin
Gara-gara seorang kanak-kanak lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang dipercayai terencat akal bermain lilin, enam buah rumah musnah sekelip mata dalam kebakaran di Skim Penempatan Kinarut, petang Kham